Kerjaya politik Margaret_Thatcher

Thatcher pada 1975

Selepas dua kali ditewaskan di Dartford, Margaret mencuba mencari kerusi Konservatif yang selamat untuk pilihan raya umum pada tahun 1959, tetapi ditolak banyak kali sebelum akhirnya dipilih untuk kawasan Finchley. Dalam pilihan raya tersebut, beliau menang dengan mudah, dan menjadi ahli Dewan Rakyat ketika berumur 34 tahun.

Parti Konservatif kalah dalam pilihan raya umum pada tahun 1964 dan apabila Sir Alec Douglas-Home meletakkan jawatannya, Margaret menyokong Edward Heath dalam pemilihan pucuk pimpinan. Dalam pilihan raya umum pada tahun 1970, Parti Konservatif menang semula, dan Edward Heath mengganjar Margaret dengan jawatan Menteri Pelajaran.

Selepas kekalahan Konservatif dalam pilihan raya umum pada Februari 1974, Margaret bersetuju dengan Sir Keith Joseph serta Pusat Kajian Dasar (CPS) bahawa Kerajaan Heath telah hilang kawalan dasar kewangan selepas membuat perubahan yang berlawanan pada tahun 1972. Selepas parti Konservatif kalah sekali lagi dalam pilihan raya umum semula pada Oktober 1974, Joseph memutuskan untuk mencabar kepimpinan tetapi kemudian menarik diri. Margaret kemudian memutuskan untuk menyertai pertandingan itu bagi pihak puak Joseph/CPS.

Margaret menewaskan Health dalam pengundian yang pertama dengan mengejutnya serta William Whitelaw, pewaris pilihan Heath, dalam pengundian yang kedua. Oleh sebab inilah Margaret menjadi ketua Parti Konservatif pada 11 Februari 1975 ketika beliau berumur 50 tahun dengan Whitelaw dilantik sebagai timbalannya. Heath yang terpaksa melepaskan kepimpinannya berasa marah dan kecewa terhadap Margaret kerana memperlihatkan perlawanan ini sebagai suatu ketidaksetiaan terhadapnya.

Pada 19 Januari 1976, Margaret membidas Kesatuan Soviet dengan pedas ketika membuat ucapan di Dewan Perbandaran Kensington:

"Rusia berkeras ingin mencapai penguasaan dunia dan dengan cepatnya, mereka telah memperoleh cara untuk menjadi negara empayar yang paling berkuasa di dunia. Orang-orang di Politburo Soviet tidak perlu bimbang tentang pasang surut pendapat umum. Mereka mengutamakan senjata api berbanding mentega, sedangkan kami mengutamakan hampir semua benda kecuali senjata api."

Sebagai tindak balas, Krasnaya Zvezda ("Bintang Merah"), akhbar Kementerian Pertahanan Soviet memberikan nama samaran "Wanita Besi" kepada Margaret. Margaret menyukai gelaran ini yang kemudiannya dikaitkan kepada peribadinya yang tabah serta tidak goyah.

Pada tahun 1979, Kerajaan Buruh menghadapi masalah-masalah pertikaian perindustrian, mogok, pengangguran dan perkhidmatan awam. Dalam Pilihan Raya Umum pada tahun ini, Parti Konservatif memenangi satu majoriti sebanyak 43 kerusi dalam Dewan Rakyat, dan Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri wanita yang pertama di United Kingdom.

Akibat krisis dalaman parti, Thatcher meletak jawatan sebagai ketua Parti Konservatif dan Perdana Menteri UK pada 28 November 1990. Beliau digantikan oleh menteri kewangannya John Major.

Rujukan

WikiPedia: Margaret_Thatcher http://www.badley.info/history/Thatcher-Margaret-H... http://www.margaretthatcher.org/ http://www.margaretthatcher.org/archive/MTobit.asp //ms.wikibooks.org/wiki/Special:Search/Margaret_Th... //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/Margar... //ms.wikinews.org/wiki/Special:Search/Margaret_Tha... //ms.wikiquote.org/wiki/Special:Search/Margaret_Th... //wikisource.org/wiki/Special:Search/Margaret_That... //ms.wikiversity.org/wiki/Special:Search/Margaret_... //ms.wiktionary.org/wiki/Special:Search/Margaret_T...